Assalamualaikum … apa khabar semua? Saya harap semua berada dalam keadaan sihat, dan menjalani ibadah puasa dengan lancar .Amin, Insyaallah..Jangan ponteng2 tau..
Di blog kali ini, saya nak kongsikan pengalaman saya makan di salah satu gerai seafood celup tepung di Acu Tera, Pantai Sabak. Ceritanya(sebelum bulan puasa), biasalah hujung minggu petang2 bosan tak tahu nak buat apa? ada lah roommate saya sorang ni ajak try mkan seafood celup tepung, sambil2 tu ambil angin petang kat tepi pantai, nak hilang stress sebelum Final exam katanya. Jadi, memandangkan cuaca pon okey, kami pun pegilah. Sampai2 sana, wahhhhh, ramai betul orang.
Apa yang menariknya kat sini, ramuan yang digunakan adalah ramuan istimewa di mana resipi yang digunakan adalah resepi turun temurun peninggalan arwah ibu Mohammad Firdaus iaitu pemilik kepada gerai ini. Memang laku keraslh.
Ni contoh2 makanan yang ada..
🐙Sotong Celup Tepung: RM10.00/set
🦐Udang Celup Tepung: RM10.00/set
🐚Kerang: RM10.00/set
🐟Ikan: RM6.00/ekor
Keropok Lekor: RM2/pinggan

Jika anda datang pada hari Jumaat & Sabtu, ada menu istimewa disediakan iaitu Pulut Pauh & Ketupat 🦑 Sotong. Bulan2 puasa ni ,jgn risau, gerai ni akan buka sampai malam. Nak datang lepas terawih pon bolh. No problem! Tapi better gy survey dululah kat website dia. Kot2 lah cuti mendadakkan.
Jadi kalau nak tahu lebih lanjut, layari Facebook mereka: Kedai Acu Tera Pantai Sabak atau hubungi 014 840 7616 untuk tempahan dan sebarang pertanyaan.
Sekian, terima kasih, bye semua~~
Selamat menyambut bulan Ramadhan.